Guterres gesa pemimpin dunia serius tangani perubahan iklim menjelang COP31

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres/ Foto AFP

ANTALYA, 9 November – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa pemimpin dunia mengambil tindakan lebih serius dalam menangani perubahan iklim, menjelang pembukaan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (COP31).

RINGKASAN BERITA AI
  • Gelombang haba Eropah, kebakaran hutan Indonesia dan banjir Nepal menunjukkan peningkatan impak ekstrem cuaca; El Nino dijangka memburukkan keadaan.
  • "Kita telah memasuki era baharu cuaca ekstrem" menyimpulkan peningkatan frekuensi dan keterukan peristiwa iklim.
  • Gesaan mempercepat pengurangan gas rumah hijau, mempergiat peralihan dari bahan api fosil kepada tenaga bersih, dan sediakan pembiayaan perlindungan.
  • Majlis pembukaan ditangguhkan selama sejam tanpa penjelasan, dan perdebatan mengenai tuntutan pembiayaan iklim bagi negara membangun.

Gesaan itu dibuat ketika ribuan peserta mula berhimpun di pusat pameran di Antalya, Turkiye, bagi menghadiri rundingan iklim tahunan PBB.

Persidangan tahun ini berlangsung selepas Eropah dilanda gelombang haba yang berpanjangan, kebakaran hutan di Indonesia serta banjir di Nepal, manakala fenomena El Nino yang luar biasa kuat dijangka memburukkan lagi keadaan iklim dunia.

“Kita telah memasuki era baharu cuaca ekstrem,” kata Guterres dalam satu kenyataan.

Beliau menggesa pemimpin dunia supaya mempercepatkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, mempergiat peralihan daripada penggunaan bahan api fosil kepada tenaga bersih serta menyediakan pembiayaan dan perlindungan yang diperlukan negara yang terjejas akibat perubahan iklim.

Bagaimanapun, majlis pembukaan COP31 ditangguhkan selama sejam tanpa sebarang penjelasan.

Rundingan yang berlangsung hingga lewat malam Ahad turut menyaksikan perdebatan mengenai tuntutan negara membangun supaya isu pembiayaan iklim dimasukkan dalam agenda rasmi persidangan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.