Lapan migran maut, bot karam di perairan Greece

Foto hiasan

ATHENS, 9 November – Lapan orang maut selepas bot yang membawa migran karam di perairan pulau Crete, Greece, pada hujung minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengawal Pantai lancarkan operasi selepas bot menghantar isyarat kecemasan; laut bergelora dan angin kencang menyukarkan penyelamatan.
  • Sekitar 28 mangsa yang terselamat dan satu mayat, semuanya warga Sudan, diselamatkan oleh bot yang melalui kawasan berkenaan.
  • Kapal penyelamat pengawal pantai menemui bot kira-kira 10 batu nautika di selatan dan meneruskan operasi malam hingga awal pagi.
  • Kemasukan migran melalui laluan berbahaya, khususnya dari Libya, sering berakhir dengan tragedi apabila bot karam.

Pengawal Pantai Greece menerusi kenyataan memaklumkan, operasi menyelamat dilancarkan pada lewat Sabtu selepas sebuah bot menghantar isyarat kecemasan, namun keadaan laut bergelora akibat angin kencang menyukarkan usaha menyelamat.

Menurut pihak berkuasa, pada Ahad, kira-kira 28 mangsa yang terselamat serta satu mayat, kesemuanya warga Sudan, berjaya diselamatkan oleh sebuah bot yang melalui kawasan berkenaan sebelum dipindahkan ke kapal polis dan dibawa ke Crete.

Dalam operasi pada malam Ahad hingga awal Isnin, sebuah kapal penyelamat pengawal pantai menemui bot berkenaan kira-kira 10 batu nautika di selatan Crete.

Pihak berkuasa turut menemui tujuh lagi mayat masih berada di dalam bot berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut kepada lapan orang.

Crete merupakan antara laluan utama kemasukan migran ke Kesatuan Eropah (EU), khususnya bagi yang berlepas dari Libya untuk menyeberangi laut ke Greece.

Namun, banyak cubaan menyeberangi laluan berbahaya itu berakhir dengan tragedi apabila bot yang digunakan karam.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.