Suspek kes tembakan rambang, meninggal dunia

Insiden tembakan rambang disifatkan sebagai tindakan ‘keganasan’/Foto AFP

KRAKOW, 9 November – Suspek yang disyaki terbabit dengan insiden tembakan rambang sehingga mengorbankan enam nyawa, pada hujung minggu lepas, disahkan meninggal dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis mengesahkan suspek parah selepas berbalas tembakan dengan anggota polis.
  • Kenyataan rasmi mengenai kejadian disiarkan menerusi platform X.
  • Pihak berkuasa melaporkan suspek menunjukkan ketaksuban terhadap ideologi ekstrem.
  • Perdana Menteri Donald Tusk menyifatkan insiden itu sebagai tindakan keganasan.

Polis Poland ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan suspek parah ketika berbalas tembakan dengan anggota polis.

“Individu yang bertanggungjawab terhadap tragedi tragis itu telah meninggal dunia pagi tadi di hospital,”menurut kenyataan yang disiarkan menerusi platform ‘X’.

Pihak berkuasa turut memaklumkan suspek mempunyai ‘ketaksuban terhadap ideologi ekstrem’.

Terdahulu, Perdana Menteri, Donald Tusk menyifatkan insiden berkenaan sebagai tindakan ‘keganasan’.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.