Cuaca ekstrem dijangka jadi kebiasaan

Dunia memasuki era baharu dengan cuaca ekstrem menjadi kebiasaan/Foto AFP

ANTALYA, 9 November – Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-31 (COP31) dijangka memberi tumpuan kepada isu perubahan iklim yang lebih serius.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Agung PBB: dunia memasuki era baharu di mana cuaca ekstrem menjadi kebiasaan.
  • Fenomena El Nino luar biasa mendorong pemanasan melampau yang dipengaruhi aktiviti manusia.
  • Guterres menyeru pemimpin kurangkan pelepasan gas rumah hijau dan percepat peralihan adil dari bahan api fosil.
  • WMO lapor 2026 catat suhu global tinggi, pencairan ais dan kenaikan paras laut; El Nino boleh melanjutkan cuaca ekstrem.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres ketika menyatakan perkara itu berkata dunia kini memasuki era baharu dengan cuaca ekstrem menjadi kebiasaan.

“Fenomena El Nino yang luar biasa mengakibatkan pemanasan melampau yang disebabkan oleh aktiviti manusia,”katanya menerusi kenyataan.

Guterres turut menyeru para pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak itu untuk mengambil tindakan serius dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, mempercepat peralihan lebih adil penggunaan bahan api fosil serta menyediakan pembiayaan dan perlindungan kepada negara-negara yang mudah terjejas.

Kenyataan Guterres merujuk kepada laporan yang diterbitkan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) yang memaklumkan 2026, mencatatkan suhu global yang luar biasa tinggi, pencairan ais serta peningkatan paras laut.

“Fenomena El Nino yang kini pada tahap luar biasa berpotensi mengakibatkan peningkatan suhu serta cuaca ekstrem sehingga tahun depan.

“Kita perlu bersedia menghadapi satu tahun lagi,”kata WMO.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.