Deepavali : Kualiti udara di Delhi merosot

Perayaan Deepavali telah memburukkan jerebu toksik sebelum ini/Foto AFP

NEW DELHI, 9 November – Kualiti udara di beberapa kawasan sekitar ibu negara India, dilaporkan merosot selepas penduduk meraikan sambutan Deepavali dengan membakar bunga api dan mercun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan dengan bunga api memburukkan jerebu toksik yang sudah berpunca dari asap kenderaan, pembakaran sisa pertanian dan aktiviti perindustrian.
  • Bacaan PM2.5 kira-kira lapan jam selepas bunga api hampir 58 kali ganda melebihi had harian WHO.
  • Mahkamah Agung membenarkan penggunaan bunga api terhad sepanjang sambutan Deepavali.
  • Pihak berkuasa mengenakan sekatan trafik dan pembinaan; kenderaan menyumbang 23%, pembakaran biojisim 20%, industri 9% kepada pencemaran Delhi.

Jutaan penduduk meraikan perayaan itu dengan membakar bunga api telah memburukkan jerebu toksik yang sebelum ini berpunca daripada asap kenderaan, pembakaran sisa pertanian serta kegiatan perindustrian.

Indeks kualiti udara (AQI) Delhi menunjukkan bacaan paras zarah halus berukuran 2.5 mikrometer (PM2.5), kira-kira lapan jam selepas penggunaan bunga api sekali gus, menunjukkan hampir 58 kali ganda melebihi paras maksimum harian sepertimana yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mahkamah Agung India sebelum ini, membenarkan penggunaan terhad bunga api sepanjang sambutan Deepavali.

Bagi mengawal keadaan jerebu yang lebih teruk, pihak berkuasa dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah melaksanakan sekatan terhadap pergerakan trafik serta kegiatan pembinaan dalam usaha mengurangkan jerebu di daerah ini yang mempunyai lebih 30 juta penduduk.

Menurut Kementerian Alam Sekitar India, 23 peratus pencemaran udara di Delhi disumbangkan oleh kenderaan, manakala pembakaran biojisim termasuk pembakaran sisa jerami selepas musim menuai, menyumbang sebanyak 20 peratus.

Pencemaran turut disumbang menerusi aktiviti perindustrian termasuk operasi loji janakuasa arang batu, sebanyak sembilan peratus.

Pada 2024, satu kajian yang diterbitkan menerusi jurnal penyelidikan The Lancet Planetary Health telah menganggarkan sebanyak 3.8 juta kematian di India antara tahun 2009 hingga 2019, mempunyai kaitan dengan pencemaran udara.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.