Peruntukan RM730 juta untuk sukan negara, RM240 juta khusus Sukan Sea 2027

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kerajaan memperuntukkan RM730 juta bagi pembangunan sukan negara, termasuk RM460 juta untuk pembangunan sukan dan RM240 juta bagi persiapan penganjuran Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN 2027, selain RM30 juta khusus untuk Geran Padanan Sukan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan menyediakan Geran Padanan Sukan RM30 juta untuk menggalakkan badan sukan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan menganjur acara berprestasi tinggi.
  • Peruntukan untuk sukan murid sekolah meningkat 50% kepada RM27 juta, dijangka manfaat lebih 4.6 juta murid di 10,000 sekolah.
  • Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, penganjuran diharap tingkatkan imej negara serta menyemarakkan perpaduan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu meliputi program sukan berprestasi tinggi, laluan pembangunan atlet ke arah kejayaan antarabangsa serta penyelenggaraan kemudahan sukan di seluruh negara.

“Selain itu, pembangunan sukan negara turut diperuntukkan RM460 juta.

“Kerajaan turut menyediakan RM30 juta bagi Geran Padanan Sukan untuk menggalakkan badan sukan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan menganjurkan acara sukan berprestasi tinggi,” kata Datuk Seri Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Sementara itu, peruntukan bagi aktiviti sukan murid sekolah pula ditambah 50 peratus kepada RM27 juta, yang dijangka memanfaatkan lebih 4.6 juta murid di 10,000 sekolah seluruh negara.

Dalam pada itu, Malaysia meraikan kejayaan kontinjen negara pada Sukan Asia Aichi-Nagoya yang meraih sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa.

Tahun depan, Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027, dengan penganjuran itu diharap dapat meningkatkan imej negara serta menyemarakkan perpaduan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.