
KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini, dengan Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 170.
- Johor merekodkan lapan kawasan dalam kategori tidak sihat termasuk Pasir Gudang, Pengerang, Larkin, Tangkak, Batu Pahat dan Kluang.
- 40 kawasan catat IPU sederhana termasuk Tawau dan Labuan; hanya tiga kawasan catat kualiti baik seperti Langkawi dan Balik Pulau.
- Bacaan IPU: 101 hingga 200 tidak sihat, 51 hingga 100 sederhana, 0 hingga 50 baik.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan kawasan dengan bacaan tidak sihat, termasuk Kota Tinggi, Pasir Gudang (168), Pengerang (164), Larkin (159), Tangkak (155), Batu Pahat dan Kluang (152) serta Segamat (120).
Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan tidak sihat di Seremban (165) dan Nilai (164).
Di Pahang, Balok Baru, Kuantan merekodkan bacaan IPU 161, diikuti Rompin (157) dan Indera Mahkota, Kuantan (135).
Terengganu turut mencatatkan tiga kawasan dalam kategori tidak sihat iaitu Kemaman (157), Paka (155) dan Kuala Terengganu (152).
Sementara itu, Bukit Rambai di Melaka merekodkan bacaan 153, manakala Johan Setia di Selangor mencatatkan IPU 129.
Putrajaya dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing merekodkan bacaan 148 dan 129, yang turut berada dalam kategori tidak sihat.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 40 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, termasuk Tawau (98), Labuan (78), Batu Muda (76) dan Tanah Merah (72).
Hanya tiga kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik, iaitu Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan 44, Kangar, Perlis (42) dan Langkawi, Kedah (27).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana. Bacaan antara 0 hingga 50 pula dikategorikan sebagai baik.