Tiga termasuk guru besar ditembak, remaja 14 tahun ditahan

Anggota polis berkawal di hadapan Sekolah Menengah Rendah Joseph-Lakanal/ AFP (Foto kecil: Tangkap layar platform X Menteri Pendidikan Perancis)

MARSEILLE, 12 Oktober- Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan pada Isnin selepas disyaki menembak tiga individu termasuk guru besar dan seorang guru menggunakan senapang di sebuah sekolah di selatan Perancis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Satu individu mengalami kecederaan terkena tembakan secara sepintas lalu di Aubagne, berhampiran Marseille.
  • Guru besar dan seorang guru dilaporkan tidak berada dalam keadaan kritikal.
  • France 3 melaporkan suspek melepaskan beberapa das tembakan dalam sekolah sebelum kakitangan menghalangnya.
  • Menteri Pendidikan Edouard Geffray mengecam tindakan itu, berkata ia bukti peningkatan keganasan tidak terkawal dalam masyarakat.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan tidak kritikal dalam kejadian di bandar Aubagne, berhampiran Marseille.

Stesen televisyen tempatan, France 3 melaporkan suspek melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senapang memburu berkaliber 12 di dalam kawasan sekolah.

Suspek kemudian berjaya dihalang oleh kakitangan sekolah sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.

Menteri Pendidikan Perancis, Edouard Geffray menerusi hantaran di platform X berkata seorang murid di Sekolah Menengah Rendah Joseph-Lakanal disyaki melakukan serangan itu.

“Perbuatan yang tidak boleh diterima ini sekali lagi membuktikan peningkatan keganasan tidak terkawal dalam masyarakat kita, yang perlu kita semua tentang,” katanya.

Pejabat pendakwa raya Marseille mengesahkan penahanan suspek, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Pejabat Perdana Menteri Perancis memaklumkan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pendidikan sedang menuju ke lokasi kejadian.

Sementara itu, pihak berkuasa menyatakan setakat ini tiada petunjuk bahawa kejadian itu mempunyai kaitan dengan protes pelajar sekolah menengah atas yang melanda Perancis sejak beberapa minggu kebelakangan ini. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.