3,000 pas MyKomuter50 percuma sempena program Yakin MADANI

Foto FB KTM Berhad

SEREMBAN, 28 November – Sebanyak 3,000 pas MyKomuter50 bernilai RM50 ditawarkan secara percuma kepada orang ramai yang mengunjungi program Yakin MADANI di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sembilan pada hari ini dan esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerima boleh menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari bagi perkhidmatan tren terpilih.
  • Tiga kaunter pengaktifan pas disediakan di lokasi program.
  • Pas boleh diaktifkan di 34 stesen terpilih mulai 28 November hingga 6 Disember dengan membawa kad pengenalan dan kad Komuter Link Khas.
  • Pas meliputi satu sektor pilihan, iaitu KTM Komuter Lembah Klang, KTM Komuter Utara atau Shuttle Selatan, untuk warganegara Malaysia berumur tujuh tahun ke atas kecuali pemegang Pas MyRailLife.

Kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyebut, inisiatif itu membolehkan penerima menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari bagi perkhidmatan tren terpilih, sekali gus membantu mengurangkan kos pengangkutan harian rakyat.

“Bagi memudahkan urusan pengunjung, KTMB menyediakan tiga kaunter pengaktifan pas di lokasi program untuk membolehkan penerima mengaktifkan kad masing-masing.

“Bagaimanapun, penerima yang tidak berkesempatan mengaktifkan pas sepanjang program berlangsung boleh berbuat demikian di 34 stesen terpilih mulai 28 November hingga 6 Disember ini.

“Penerima perlu membawa kad pengenalan dan kad Komuter Link Khas yang diberikan bagi melancarkan proses pengaktifan,” menurut kenyataan itu.

Pas MyKomuter50 boleh didapati di reruai KTMB di Pavilion Kementerian Pengangkutan dan ditawarkan bagi tiga jenis perkhidmatan, iaitu KTM Komuter Lembah Klang, KTM Komuter Utara dan Shuttle Selatan.

Pengguna boleh memilih satu sektor sahaja untuk menikmati kemudahan berkenaan dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur tujuh tahun ke atas, kecuali pemegang Pas MyRailLife.

Orang ramai yang mendapat pas berkenaan perlu memastikan pengaktifan dilakukan dalam tempoh ditetapkan supaya dapat menikmati manfaat tawaran itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.