21 individu maut serangan udara Myanmar

Foto AFP

DEMOSO, 28 November – Sekurang kurangnya 21 orang terbunuh, termasuk lima kanak-kanak, manakala lebih 40 lagi cedera selepas serangan udara tentera Myanmar yang menyasarkan sebuah lokasi persiapan majlis perkahwinan di kawasan konflik pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara berlaku di sebuah kampung di Moe Bye, kawasan sempadan negeri Shan dan Karenni yang menempatkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.
  • Ketua Yayasan Nway Oo Yaung Chi berkata operasi menyelamat sukar apabila pesawat tentera dilaporkan menyerang sekali lagi.
  • Pemindahan mangsa ke hospital turut terjejas kerana jumlah mangsa cedera melebihi kenderaan penyelamat yang tersedia.

Serangan udara tersebut dilancarkan di sebuah kampung di kawasan Moe Bye, yang terletak di sempadan antara negeri Shan dan Karenni iaitu kawasan yang menempatkan ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal (IDP) akibat konflik berterusan di negara tersebut

Sementara itu, ketua Yayasan Nway Oo Yaung Chi, Ko July berkata pihaknya mengesahkan 21 kematian dan lebih 40 mangsa cedera.

Katanya operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila pesawat tentera dilaporkan melakukan serangan sekali lagi ketika pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian.

Keadaan itu turut menyukarkan pemindahan mangsa ke hospital berikutan bilangan mangsa yang cedera terlalu ramai berbanding jumlah kenderaan penyelamat yang terhad – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.