SMK Long Bedian juara kebangsaan Petrosains Tech4All

SMK Long Bedian, Baram dinobatkan juara Pertandingan Peringkat Kebangsaan Petrosains Tech4All/ PETROSAINS

KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Pasukan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Bedian, Baram dinobatkan juara Pertandingan Peringkat Kebangsaan Petrosains Tech4All di Kuala Lumpur hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inovasi AI 'S.O.R.T' memudahkan dan mempercepat proses pengasingan sisa di sekolah.
  • Sistem mengenal pasti dan mengelaskan tin, plastik dan kertas sambil memupuk kesedaran tentang kelestarian alam sekitar.
  • Pemenang membawa pulang wang tunai RM3,500, sijil serta barangan eksklusif Petrosains; pertandingan melibatkan 20 guru dan 40 murid dari 10 sekolah.

Petrosains daalam kenyataan memaklumkan, SMK Long Bedian mempertaruhkan hasil inovasi menggunakan kecerdasan buatan (AI), ‘S.O.R.T’, yang dibangunkan bagi memudahkan dan mempercepat proses pengasingan sisa di sekolah.

“Sistem berkenaan mampu mengenal pasti dan mengelaskan sisa seperti tin, plastik dan kertas sekali gus membantu memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan kelestarian alam sekitar,” menurut kenyataan itu.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan SMK Long Bedian membawa pulang wang tunai RM3,500, sijil serta barangan eksklusif Petrosains.

Tahun ini, pertandingan tersebut menghimpunkan 20 guru dan 40 murid dan pelajar daripada 10 sekolah komuniti orang asli dan peribumi dari Johor, Kelantan, Pahang, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.