
HULU TERENGGANU, 8 November -Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak sekumpulan monyet di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah-Tapah dekat Kampung Kepah di sini petang tadi.
- Rondaan dijalankan sekitar 4.30 petang oleh Kpl Muhammad Amirul Hafiz (26) dan Kpl Khairil Azlan (44).
- Pemandu mengelak ke kanan selepas melihat sekumpulan monyet; kenderaan hilang kawalan, terbabas dan terbalik beberapa kali.
- Kejadian berlaku di selekoh, jalan berturap tar basah selepas hujan; mangsa patah tangan kiri dan kesakitan di rahang, dirawat di hospital.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata insiden pada kira-kira 4.30 petang itu berlaku ketika Lans Koperal Muhammad Amirul Hafiz Ahmad, 26, dan Koperal Khairil Azlan Abdul Latif, 44, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, menjalankan rondaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta peronda yang dipandu Muhammad Amirul Hafiz dari arah Simpang Kepah menuju ke Kuala Berang di sini bertindak mengelak ke arah kanan jalan apabila mendapati sekumpulan monyet secara tiba-tiba berada di tengah jalan.
“Bagaimanapun, kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik beberapa kali… kejadian berlaku di kawasan selekoh dan permukaan jalan berturap tar serta basah selepas hujan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sharudin berkata Muhammad Amirul Hafiz, yang patah tangan kiri, dan Khairil Azlan yang mengalami kesakitan di bahagian rahang, telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan.