
KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada Selasa, 13 Oktober 2026.
- Keputusan berdasarkan bacaan akhir Indeks Pencemar Udara bawah 150 di kedua stesen pemantauan setakat pukul 5.00 petang.
- Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah serta arahan Bekerja dari Rumah ditamatkan bagi kawasan terlibat.
- JPWPKL bersama PPD dan pihak sekolah akan memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan sedia mengambil tindakan susulan.
- Ibu bapa dan penjaga diminta terus peka terhadap perkembangan serta mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan anak-anak.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat setelah mendapati bacaan akhir Indeks Pencemar Udara (IPU) mencatatkan paras bawah 150 di kedua-dua stesen pemantauan kualiti udara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setakat pukul 5.00 petang tadi.
Sehubungan itu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) serta arahan Berkerja dari Rumah (BDR) bagi kawasan yang terlibat sebelum ini ditamatkan.
“Pihak JPWPKL bersama-sama PPD dan pihak sekolah akan sentiasa memantau rapi pergerakan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa serta bersiap sedia mengambil tindakan susulan berpandukan kualiti udara semasa.
“Kami memohon agar ibu bapa dan penjaga terus peka terhadap perkembangan semasa serta mengambil langkah berjaga jaga demi memastikan kesihatan anak anak terpelihara,” menurut kenyataan itu.