Pemeriksaan kargo: Teknologi pengimbas lebih canggih diperlukan

Datuk Hasbi Habibollah / Foto BERNAMA

PARLIMEN, 2 November – Keupayaan mengesan barangan terlarang di pintu masuk negara perlu diperkukuh menerusi penggunaan teknologi pengimbas kargo lebih canggih.

RINGKASAN BERITA AI
  • Teknologi 'diffraction' dipertimbang untuk membezakan bahan serupa seperti dadah dan tepung susu.
  • Penggunaan AI dalam pengimbasan kini memerlukan penambahbaikan terutama dari segi ketepatan pengesanan.
  • Keberkesanan sistem bergantung pada teknologi, konfigurasi, pangkalan data, algoritma, ketepatan dan kompetensi pemeriksa keselamatan.
  • JKDM memindahkan aset dan fungsi pemeriksaan ke AKPS berperingkat, melibatkan 184 pengimbas, 132 unit berasaskan AI.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, teknologi seperti ‘diffraction’ wajar dipertimbang khususnya bagi membezakan bahan yang mempunyai rupa fizikal hampir sama seperti dadah dan tepung susu.

Jelas beliau, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pengimbasan ketika ini masih memerlukan penambahbaikan, terutama dari segi ketepatan pengesanan.

“Penggunaan pengimbas berteknologi tinggi termasuk kecerdasan buatan, yakni AI, dalam pemeriksaan kargo berpotensi meningkatkan keupayaan pengesanan melalui analisis imej dan pengenalpastian objek yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

“Walau bagaimanapun, keberkesanan sesuatu sistem bergantung kepada jenis teknologi, konfigurasi sistem, pangkalan data, algoritma, tahap ketepatan pengesanan serta keupayaan dan kompetensi pemeriksa keselamatan yang mengendalikan sistem tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Mengulas lanjut, Datuk Hasbi berkata, AI hanya berperanan sebagai alat sokongan dan bukan satu-satunya asas dalam menentukan pelepasan kargo.

Sehubungan itu, pengalaman dan kompetensi pegawai pemeriksa kekal penting, terutama apabila sistem mengesan anomali atau objek meragukan yang memerlukan pemeriksaan lanjut.

Jelasnya lagi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang memindahkan aset dan fungsi pemeriksaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) secara berperingkat sejak 1 Oktober 2025.

Proses itu melibatkan 184 unit mesin pengimbas kargo dan bagasi di pintu masuk utama, dengan 132 unit dilengkapi teknologi berasaskan AI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.