Malaysia, Pakistan terus perkukuh kerjasama pertahanan

Kerjasama erat penting dalam mendukung keamanan, kestabilan dan keselamatan bersama/Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 November – Malaysia serta Pakistan komited memperkukuh kerjasama menerusi bidang pertahanan dan keselamatan termasuk kerjasama tiga hala dengan Turkiye juga meneroka peluang kolaborasi dalam keselamatan maritim dan usaha membanteras keganasan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan membincangkan perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa, termasuk usaha meredakan ketegangan di Asia Barat.
  • Kedua-dua pihak menekankan dialog dan kawalan diri dalam menangani ketegangan sempadan, sambil menghormati kedaulatan negara dan melindungi orang awam.
  • Anwar mengucapkan tahniah kepada Syed Asim atas pemasyhurannya ke Hall of Fame Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook memaklumkan perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Angkatan Pertahanan dan Ketua Staf Tentera Darat Pakistan, Field Marshal Syed Asim Munir.

“Pertemuan turut membuka ruang bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau serta antarabangsa termasuk usaha meredakan ketegangan di Asia Barat dan kepentingan menjamin keselamatan maritim global.

“Perbincangan juga menyentuh keperluan mengutamakan dialog dan kawalan diri dalam menangani ketegangan di sempadan dengan menghormati kedaulatan negara dan melindungi orang awam.

“Kerjasama erat itu penting dalam mendukung keamanan, kestabilan dan keselamatan bersama khususnya di rantau ini,”kata Datuk Seri Anwar menerusi hantaran berkenaan.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Syed Asim atas pemasyhurannya ke ‘Hall of Fame’ Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.