Jerebu: Institusi pendidikan di Rompin dan Kuantan ditutup sementara mulai esok

Foto fail

KUANTAN, 12 Oktober -Institusi pendidikan bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di daerah Rompin dan Kuantan ditutup sementara mulai esok sehingga keadaan selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan berdasarkan keadaan semasa jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di daerah berkenaan.
  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan melalui kaedah sesuai mengikut kemampuan, akses, keperluan murid dan kesiapsiagaan guru.
  • Semua institusi dikehendaki memantau IPU, mematuhi arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan serta tunggu makluman rasmi JPN.

JPN Pahang memaklumkan, arahan itu berdasarkan keadaan semasa jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan di daerah kerkenaan.

“Sepanjang tempoh tersebut, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru,” menurut kenyataan itu.

Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan oerlu memantau perkembangan bacaan IPU secara berterusan serta mematuhi arahan dan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.

“Pembukaan semula institusi pendidikan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Pahang,” kata kenyataan itu lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.