
GAZA, 1 November- Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di sini pada Ahad.
- Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata pesawat Israel menyasarkan anggota polis yang bertugas di Khan Younis.
- Hospital tempatan mengesahkan menerima jenazah mangsa serta beberapa individu cedera dalam serangan itu.
- Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sejak Oktober 2023 wilayah musnah, lebih 74,500 terkorban; sejak gencatan Okt 2025 lebih 1,500 terbunuh.
Perkhidmatan Pertahanan Awam Gaza dalam satu kenyataan memaklumkan lima orang terbunuh di Khan Younis, manakala tiga lagi di Gaza City.
Hospital tempatan mengesahkan menerima jenazah mangsa serta beberapa individu yang cedera dalam serangan berkenaan.
“Pesawat penjajah menyasarkan beberapa anggota polis yang sedang bertugas di Khan Younis,” menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah memusnahkan sebahagian besar wilayah itu dan mengorbankan lebih 74,500 orang.
Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada Oktober 2025, namun lebih 1,500 orang dilaporkan terbunuh di Gaza sejak itu. -AFP