
ALOR SETAR, 12 Oktober -Sindiket penipuan dalam talian (phone scammer) yang menyamar sebagai anggota polis dari sebuah negeri di India telah berjaya ditumpaskan.
- Operasi bersepadu pada 9 Oktober di Bandar Putra, Kulim menahan suspek.
- Seramai 48 individu ditahan: 33 warga Pakistan, lapan warga India dan tujuh warganegara tempatan.
- Nilai rampasan dianggarkan RM70,000, manakala semua suspek direman empat hari.
- Sindiket dipercayai menyasarkan mangsa di India dan menggunakan aplikasi Telegram untuk menyelaras aktiviti.
Sindiket tersebut menyasarkan mangsa penipuan dari luar negara, khususnya India.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata bertindak atas maklumat, pada 9 oktober lalu satu operasi bersepadu dijalankan keatas sebuah premis di Bandar Putra , Kulim.
Dalam operasi tersebut, seramai 48 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian. Mereka terdiri daripada 33 warga Pakistan, iaitu 28 lelaki dan lima wanita, lapan warga India, serta tujuh orang warganegara tempatan.
Kesemua suspek direman empat hari hingga esok.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM70,000. Sindiket ini juga disyaki menjalankan kegiatan penipuan dalam talian dengan menyamar sebagai pegawai polis dari India bagi memperdaya mangsa, khususnya yang berada di negara tersebut.
“Selain itu, sindiket ini dipercayai menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium komunikasi untuk menyelaras dan menguruskan aktiviti mereka,” katanta kepada pemberita pada sidang media, di sini.