Jerebu: Semua institusi pendidikan di Negeri Sembilan ditutup

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 12 Oktober – Semua institusi pendidikan berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan tutup pada Selasa (13 Oktober), susulan situasi jerebu semasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua murid termasuk asrama akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk memastikan kesinambungan pembelajaran.
  • Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibenarkan melaksanakan tugas secara Bekerja dari Rumah sepanjang tempoh berkenaan.
  • Pentaksiran PKSK dan peperiksaan STAM diteruskan mengikut jadual; calon diminta merujuk Facebook rasmi JPNS untuk arahan lanjut.
  • JPNS memantau bacaan IPU dan akan maklumkan sebarang perubahan melalui saluran rasmi; ibu bapa dan sekolah dinasihat mengikuti maklumat terkini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan, sepanjang tempoh penutupan itu, semua murid termasuk yang tinggal di asrama akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kesinambungan proses pembelajaran.

Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pula dibenarkan melaksanakan tugas secara Bekerja dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, calon diminta merujuk makluman serta arahan lanjut menerusi laman ‘Facebook’ rasmi JPNS berhubung pelaksanaan kedua-dua pentaksiran dan peperiksaan berkenaan.

Pada masa sama, JPNS akan terus memantau perkembangan situasi jerebu, termasuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkaitan.

Sebarang perubahan terhadap pengoperasian institusi pendidikan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi jabatan berkenaan.

Ibu bapa, penjaga, calon peperiksaan dan pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan melalui saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.