Niaga hadapan emas catat penurunan susulan kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan penurunan pada Khamis, menjejaki prestasi COMEX AS yang lemah apabila sentimen pasaran terjejas oleh kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) susulan inflasi yang lebih tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak niaga hadapan Jun, Julai dan Ogos 2026 merekodkan penurunan harga berbanding penutupan sebelumnya.
  • Jumlah dagangan merosot kepada 18 lot manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 88 kontrak.
  • Harga emas fizikal ditetapkan pada AS$4,170.95 setiap auns troy berdasarkan penetapan LBMA 10 Jun 2026.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2026 susut kepada AS$4,091.50 setiap auns troy daripada AS$4,180.30.60 setiap auns troy sebelumnya, manakala kontrak Julai 2026 merosot kepada AS$4,106.50 setiap auns troy daripada AS$4,195.30 dan Ogos 2026 menguncup kepada AS$4,124.20 setiap auns troy daripada AS$4,211.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 18 lot daripada 26 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 88 kontrak daripada 77 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, harga emas fizikal berada pada AS$4,170.95 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market pada 10 Jun, 2026. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.