Anggota tentera direman lima hari lagi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Seorang penjawat awam yang juga anggota tentera direman lima hari lagi sehingga 8 Oktober depan bagi membantu siasatan berhubung penahanannya di kawasan parkir kereta di sebuah kem tentera di ibu negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek ditahan pada 29 September bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum.
  • Laporan diterima kira-kira 12.42 tengah malam; BPJKK IPD Cheras bertindak atas maklumat dan menahan suspek.
  • Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau; kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Lim Chun How dalam kenyataan memaklumkan, pada 29 September lalu suspek ditahan di kawasan parkir tersebut bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum.

“Laporan berhubung insiden itu diterima kira-kira 12.42 tengah malam. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan suspek berkenaan.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, melibatkan dua kes dadah dan satu kes jenayah,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Sebelum ini suspek direman selama lima hari sehingga 3 Oktober.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.