RAK Hebatkan Perniagaan Malaysia inisiatif baharu KUSKOP

Steven Sim Chee Keong

MELAKA, 21 Jun – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu iaitu RAK Hebatkan Perniagaan Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantu usahawan tempatan, terutamanya syarikat kecil dan perniagaan baharu, memasarkan produk dengan lebih meluas.
  • Atasi jurang pasaran akibat kos kemasukan tinggi ke rangkaian peruncitan dan pasar raya besar.
  • Jalankan projek rintis di MARi Mart dan luaskan promosi ke premis fizikal serta platform maya termasuk perbincangan dengan e-dagang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata, bagi membantu usahawan tempatan, khususnya syarikat kecil dan perniagaan baharu, memasarkan produk mereka dengan lebih meluas.

Perkara itu susulan terdapat jurang dalam pasaran apabila produk tempatan berdepan kesukaran untuk menembusi rangkaian peruncitan dan pasar raya besar kerana kos kemasukan yang tinggi.

“Melalui inisiatif ini, kita mahu menonjolkan dan mengetengahkan produk berkualiti keluaran usahawan Malaysia. Kita mulakan usaha ini menerusi platform sendiri iaitu menerusi projek rintis di MARi Mart di bawah UDA Holdings Bhd.

“Selepas itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat peruncitan lain supaya mereka turut memberikan peluang dan platform kepada produk tempatan.

“Program RAK Hebatkan Perniagaan Malaysia pula bukan hanya melibatkan secara fizikal di premis jualan, tetapi turut diperluaskan kepada paltform maya bagi meningkatkan capaian pasaran produk usahawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Portal TEKUN Nasional sempena Majlis Penutupan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia 2026 di Morten Walk di sini hari ini.

KUSKOP kini dalam proses berbincang dengan syarikat e-dagang untuk mewujudkan seksyen khas yang mempromosikan dan memaparkan produk keluaran usahawan Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.