Lima terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Foto AFP

GAZA, 4 Oktober – Lima rakyat Palestin, termasuk empat wanita, terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah apartmen disini pada awal Sabtu, menurut agensi pertahanan awam Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua peluru berpandu mengenai apartmen secara langsung, mencetuskan kebakaran dan merosakkan bangunan.
  • Media Israel melaporkan sasaran serangan ialah Ali al-Amoudi, seorang pegawai kanan Hamas.
  • Dua daripada mangsa yang maut adalah penganut Kristian; pengebumian diadakan di Gereja Ortodoks Yunani Saint Porphyrius, Gaza City.
  • Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan lebih 74,200 rakyat Palestin maut sejak perang 2023, dan lebih 1,440 sejak gencatan senjata Oktober lalu.

Hospital Al-Shifa memaklumkan pihaknya menerima lima mayat dan beberapa mangsa yang cedera selepas serangan udara menyasarkan sebuah apartmen di kawasan Rimal.

Mangsa yang maut terdiri daripada dua wanita bersama anak perempuan masing-masing serta seorang lelaki muda.

Pengarah Hospital Al-Shifa kemudian memaklumkan dua daripada lima mangsa yang maut adalah penganut Kristian dan pengebumian mereka diadakan di Gereja Ortodoks Yunani Saint Porphyrius di Gaza City.

Kira-kira 1,000 penganut Kristian masih tinggal di wilayah Palestin itu, kebanyakannya daripada komuniti Ortodoks.

Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmoud Bassal, berkata pasukannya membawa lima mayat dan beberapa mangsa cedera ke hospital selepas serangan itu.

Beliau berkata dua peluru berpandu mengenai apartmen berkenaan secara langsung, menyebabkan kebakaran dan kerosakan pada bangunan.

Sementara itu, media Israel melaporkan tenteranya menyasarkan Ali al-Amoudi, seorang pegawai kanan Hamas dalam serangan berkenaan.

Tentera Israel bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan mengenai serangan itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas memaklumkan ebih 74,200 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak perang bermula pada 2023.

Kementerian itu turut melaporkan lebih 1,440 orang terbunuh sejak gencatan senjata diumumkan pada Oktober tahun lalu.

Serangan besar-besaran Israel sebagai tindak balas menyebabkan sebahagian besar Gaza musnah dan lebih 74,200 orang terbunuh, menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.

Kementerian itu turut melaporkan lebih 1,440 orang terbunuh oleh tentera Israel sejak gencatan senjata diumumkan pada Oktober tahun lalu. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.