Rusia komited perkukuh kerjasama tenaga dengan Malaysia – PM

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Rusia menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama tenaga jangka panjang dengan Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rusia komited memperkukuh kerjasama tenaga jangka panjang dengan Malaysia.
  • Kerjasama itu akan memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga pada masa hadapan.
  • Hasil diplomasi MADANI yang pragmatik, berprinsip dan menempatkan kepentingan rakyat serta negara.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu akan membantu memperkukuh keterjaminan bekalan pada masa hadapan.

“Ini adalah hasil pendekatan diplomasi MADANI yang pragmatik, berprinsip dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat serta negara sebagai keutamaan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.