Yee Hern-Vannee raih gelaran kedua dalam dua minggu

Foto BWF World Tour

KUALA LUMPUR, 29 November – Beregu campuran negara Wee Yee Hern-Vannee Gobi meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul gelaran kedua Jelajah Dunia dalam tempoh dua minggu selepas menjuarai Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yee Hern-Vannee menundukkan Jafar Hidayatullah-Rinjani Kwinnara Nastine 21-17, 21-17 dalam masa 35 minit.
  • Kejayaan itu menyusuli kemenangan mereka pada Masters Kaohsiung bertaraf Super 100 di Taiwan.
  • Pasangan negara membawa pulang hadiah wang tunai USD19,750 (RM81,385).

Pasangan ranking ke-61 dunia itu hanya memerlukan 35 minit untuk menundukkan beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah-Rinjani Kwinnara Nastine, yang menghuni ranking ke-230 dunia, 21-17, 21-17 pada aksi final.

Kejayaan di Akademi Badminton Babu Banarasi Das Uttar Pradesh itu menyusuli kemenangan Yee Hern-Vannee pada Masters Kaohsiung bertaraf Super 100 di Taiwan.

Selaku juara, Yee Hern-Vannee membawa pulang hadiah wang tunai USD19,750 (RM81,385), manakala Jafar-Rinjani menerima USD9,500 (RM39,147). – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.