Pengukuhan jati diri pelajar berteraskan al-Quran

FOTO ISTANA ARAU

KANGAR, 17 April – Usaha melahirkan pelajar serba boleh memerlukan pembinaan jati diri yang kukuh berteraskan keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi berpaksikan al-Quran serta Sunnah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Generasi Qurani harus tidak hanya menghafal tetapi menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
  • Pendidikan yang seimbang membentuk individu berjaya dalam kerjaya dunia serta mencapai kejayaan hakiki di akhirat.
  • Pelajar berkualiti memiliki hati terbuka untuk dididik, lisan santun dan sahsiah mencontohi kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap pelajar perlu menjadi generasi Qurani yang bukan sahaja mampu menghafal, malah menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

Menurut baginda, pendidikan yang seimbang mampu membentuk individu bukan sahaja berjaya dalam kerjaya dunia, bahkan mencapai kejayaan hakiki di akhirat.

“Pelajar berkualiti ialah mereka yang memiliki hati terbuka untuk dididik, lisan yang santun serta sahsiah yang mencontohi kemuliaan akhlak Rasulullah SAW,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Program Titian Kasih Mega 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis itu melibatkan seramai 414 pelajar.