
BOSTON, 17 Jun – Dua gol penyerang sensasi, Erling Haaland berjaya membantu Norway mencatatkan kemenangan 4-1 terhadap Iraq.
- Erling Haaland membuka jaringan pada minit ke-29, memecah kebuntuan perlawanan.
- Haaland menjaringkan lagi pada minit ke-43, meningkat koleksi antarabangsa kepada 57 gol dalam 51 penampilan.
- Gandingan Leo Ostigard dan gol sendiri Aymen Hussein menambah jaringan pada masa kedua, meletakkan Norway di teraju Kumpulan I.
Pada perlawanan berkenaan, Penyerang Manchester City itu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 untuk meletakkan Norway di hadapan.
Bagaimanapun, Iraq berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Aymen Hussein pada minit ke-39.
Haaland sekali lagi meletakkan Norway kembali di hadapan selepas bijak menghidu kesilapan benteng pertahanan Iraq sebelum rehat pada minit ke-43.
Gol itu sekali gus menambah koleksi gol antarabangsanya kepada 57 gol dalam 51 penampilan.
Bersambung babak kedua, pemain gantian, Leo Ostigard, melebarkan penguasaan Norway apabila menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-76 sebelum gol sendiri oleh Aymen Hussein pada masa kecederaan melengkapkan kemenangan bergaya skuad bimbingan Stale Solbakken itu.
Keputusan itu meletakkan Norway di teraju Kumpulan I berkongsi tiga mata bersama Perancis yang terdahulu menewaskan Senegal 3-1.
Norway dijadualkan menentang gergasi Afrika itu di New Jersey pada 22 Jun ini.
Kali terakhir Norway beraksi di Piala Dunia adalah pada edisi 1998, menyaksikan pengendali semasa, Solbakken, merupakan sebahagian daripada anggota skuad yang melakar kejutan menewaskan Brazil di peringkat kumpulan. – AFP