Persekitaran lebih terbuka bantu hapus stigma HIV, AIDS

Matlamat akhir penjagaan kesihatan bukan sekadar mengawal penyakit tetapi memastikan kesejahteraan individu secara menyeluruh

SEREMBAN, 21 November – Usaha menangani HIV dan AIDS perlu bergerak seiiring dengan sokongan seluruh lapisan masyarakat termasuk agensi serta komuniti bagi meningkatkan
kesedaran, memperkukuh pencegahan dan menghapuskan stigma.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rawatan canggih dan kepakaran klinikal sia-sia jika pesakit takut mendapatkan bantuan akibat takut dihukum atau dipinggir.
  • Kejayaan rawatan diukur bukan hanya pencapaian klinikal tetapi keupayaan pesakit meneruskan kehidupan dengan keyakinan, berdikari dan bermaruah.
  • Hapuskan prasangka melalui pendidikan dan bina persekitaran lebih terbuka yang menyokong individu memerlukan bantuan.
  • Program outreach Akses Untuk Semua mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat dalam suasana mesra dan mudah didekati untuk mesej kesihatan berkesan.

Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Zaleha Md. Noor berkata kemudahan perubatan canggih juga kepakaran klinikal yang membawa kepada rawatan berkesan penyakit HIV tidak dapat capaian optimum sekiranya masih terdapat pesakit yang ragu mendapatkan bantuan kerana takut dihukum, dipandang serong dan dipinggir masyarakat.

“Kita tidak seharusnya melihat kejayaan rawatan hanya menerusi pencapaian klinikal tetapi juga melalui keupayaan pesakit untuk meneruskan kehidupan dengan yakin, berdikari serta bermaruah.

“Matlamat akhir penjagaan kesihatan bukan sekadar mengawal penyakit tetapi memastikan kesejahteraan individu secara menyeluruh dapat dipelihara.

“Justeru, usaha menghapuskan prasangka perlu digerakkan dengan memperkukuh kefahaman dan membina persekitaran yang lebih terbuka serta menyokong individu yang memerlukan bantuan,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pra Sambutan Hari Aids Sedunia 2026 Peringkat Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Bertemakan “Akses Untuk Semua Kunci Akhiri AIDS”, program outreach itu bertujuan dekat dengan masyarakat dalam suasana terbuka, mesra dan mudah didekati, sekali gus menjadi platform untuk menyampaikan mesej kesihatan dengan lebih berkesan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.