Magis Mbappe bantu Perancis tewaskan Senegal

Bintan Perancis, Kaylian Mbappe / REUTERS

EAST RUTHERFORD, 17 Jun – Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe membuktikan dia berada di kelas tersendiri apabila meledak dua gol buat Perancis dalam kemenangan bergaya 3-1 ke atas Senegal pada aksi pembukaan Kumpulan I Piala Dunia pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mbappe kini penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis selepas gol ke-58, memadam rekod Olivier Giroud.
  • Perancis bangkit babak kedua, memecah kebuntuan pada minit ke-66 menerusi Mbappe.
  • Bradley Barcola menambah gol pada minit ke-82 sementara Senegal hanya berjaya jaringan saguhati melalui Ibrahim Mbaye.

Jaringan tersebut membolehkan Mbappe bergelar penjaring gol terbanyak sepanjang zaman buat negaranya.

Pada perlawanan tersebut, Senegal dilihat bermula garang pada babak pertama dan sering menghadirkan ancaman terhadap benteng pertahanan ‘Les Bleus’.

Sebaliknya, Perancis pula seakan-akan hilang punca dan tercari-cari rentak perlawanan.

Bersambung babak kedua, Perancis kembali bangkit mempamerkan kualiti permainan sebenar bagi mencari gol.

Perancis berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-66 menerusi Mbappe yang bijak merobek barisan pertahanan Senegal sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol lawan.

Pemain gantian, Bradley Barcola, menambah gol kedua buat Perancis pada minit ke- 82 sebelum Senegal merapatkan jurang menerusi jaringan saguhati Ibrahim Mbaye pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, Mbappe memastikan aksi ditutup dengan penuh bergaya apabila meledak gol ke-58 peribadinya bersama skuad kebangsaan menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti pada saat-saat akhir perlawanan.

Gol itu sekali gus memadam rekod yang dipegang oleh Olivier Giroud sebelum ini.

“Saya bermain untuk meninggalkan impak dalam sejarah bola sepak negara saya dan membantu pasukan memenangi Piala Dunia.

“Saya fikir kami belum berada pada tahap prestasi terbaik, tetapi sentiasa bagus untuk memulakan kejohanan dengan kemenangan. Ia memberikan sedikit ketenangan fikiran,” kata Mbappe kepada pemberita selepas perlawanan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.