Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 7 negeri, KL & Putrajaya hingga 12 tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 12.00 tengah hari.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedah termasuk Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.
  • Beberapa daerah Perak terjejas termasuk Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah.
  • Cuaca sama dijangka melibatkan Raub di Pahang, Selangor, serta Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan dan Melaka.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca itu diramalkan berlaku di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang.

Manakala di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Cuaca sama turut dijangka melanda Raub di Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, tiga kawasan di Negeri Sembilan turut terjejas membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Melaka.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.