Dua penjenayah tegar tumpas berbalas tembakan dengan polis di Kajang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei -Polis menembak mati dua penjenayah tegar warga tempatan dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di Kajang, Selangor, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berbalas tembakan berlaku pada pukul 9.10 malam.
  • Suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.
  • Pemeriksaan menemui pistol jenis revolver, beberapa butir peluru dan kelongsong, empat parang, peralatan pecah rumah, topeng muka serta sarung tangan.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata kejadian berbalas tembakan membabitkan pihak polis dan penjenayah itu berlaku pada 9.10 malam.

Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.

“Pemeriksaan (di lokasi kejadian) menjumpai sepucuk pistol jenis revolver serta beberapa butir peluru dan kelongsong peluru. Turut ditemukan empat bilah parang, peralatan pecah rumah, topeng muka dan sarung tangan,” katanya dalam kenyataan.

Datuk M. Kumar berkata sidang media berhubung insiden itu akan diadakan esok.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.