Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Pegawai TLDM Maut, Kereta Dirempuh Lori Ais Di Sitiawan

Sitiawan - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori membawa muatan ais di Kilometer 8 Jalan

Sitiawan-Kayan berhampiran Masjid Al-Rahmaniah, Batu 8, Lekir di sini, hari ini.

Mangsa, Leftenan Ahmad Adzani Ismail, 28, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berumur 45 tahun hanya mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi tadi, mangsa dipercayai dari arah Teluk

Intan ke tempat kerjanya di Pangkalan TLDM Lumut.

"Kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa tiba-tiba dalam keadaan melintang. Lori yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggar

bahagian sebelah kanan kereta," katanya ketika dihubungi.

Tengku Mohd Zailan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat manakala pemandu lori di bawa ke Klinik Kesihatan Lekir untuk

rawatan lanjut.

Ahmad Adzani telah bersama TLDM sejak 2006 dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Peperangan Elektronik di KD Tun Laksamana Tun Abdul Jamil. 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 181