fb fb fb fb fb

Kerjasama sebagai satu pasukan lonjak keupayaan syarikat penerbangan negara - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

SEPANG, 26 April - Pengurusan syarikat penerbangan perlu sentiasa komited mempertahankan dan melonjakkan keupayaan syarikat penerbangan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata justeru Kementerian Pengangkutan (MOT), Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) harus memberi fokus kepada pengurusan Malaysia Airlines (MAB) bagi mengelakkan sebarang ketirisan sekali gus memperkukuh tatakelola.

Beliau berkata, pada masa sama dapat memastikan tiada pembaziran agar kebajikan pekerja sektor berkenaan terjaga menerusi pemberian upah yang tinggi.

"Saya ucapkan tahniah kerana cuba membawa peralihan, membetulkan dan menaikkan semula keupayaan MAG. Anthony Loke sering kali telah memberikan laporan dan mengesa kerajaan memberi perhatian dan sokongan, terima kasih," katanya.

Anwar berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kampus dan Majlis Pecah Tanah Pusat Simulasi Penerbangan MAB Academy, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN