fb fb fb fb fb

FSA2 KWSP 40 tahun ke bawah bakal diperkenal

KUALA LUMPUR,17 April- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan skim Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi pemohon di bawah umur 40 tahun dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia berikutan terdapat ramai pemohon FSA2 fasa 1 terdiri daripada golongan umur berkenaan.

epf
(Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan)

"Kita harap dalam masa terdekat ini kita akan memperkenalkan skim untuk mereka yang bawah umur 40 tahun. Jadi siapa yang tidak dapat masa sekarang yang masih ada simpanan dalam akaun dua boleh memohon semasa fasa dua kita perkenalkan.

"Setakat semalam kita telah melalui bank menerima 80,000 permohonan daripada 80,000 yang diterima, lebih kurang 40,000 layak untuk mendapat pinjaman peribadi.

"Angkanya kurang sikit daripada yang memohon kerana mungkin orang tidak faham yang bahawa untuk fasa satu ini mereka harus diantara umur 40 hingga 50 tahun, kerana ada juga yang memohon bawah umur 40 tahun", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Media Baharu