168 maut, Hong Kong peringati tragedi kebakaran

Foto AFP

HONG KONG, 26 November – Orang ramai terus mengunjungi lokasi kebakaran dahsyat yang memusnahkan kompleks pangsapuri di Hong Kong dan mengorbankan 168 orang, setahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa memberi amaran supaya tiada tindakan yang mencetuskan kekacauan ketika ulang tahun tragedi kebakaran.
  • Tiada upacara rasmi dirancang, namun acara keagamaan berlangsung untuk memperingati mangsa.
  • Orang ramai meletakkan jambangan bunga di taman berhampiran bangunan yang musnah, sementara polis menjalankan pemantauan minimum.
  • Ratusan orang menghadiri upacara di gereja, dengan keluarga mangsa membacakan nama insan tersayang yang terkorban.

Dalam pada itu, pihak berkuasa wilayah tersebut memberi amaran supaya tidak berlaku “tindakan yang mencetuskan kekacauan”.

Kebakaran paling dahsyat melibatkan bangunan kediaman di dunia sejak 1980 itu bermula pada petang 26 November 2025 di Wang Fuk Court dan marak selama dua hari, dengan api berwarna jingga serta asap hitam dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer.

Setahun selepas tragedi itu, pihak berkuasa Hong Kong, yang menyaksikan Beijing memperketat tindakan terhadap penentangan, dilihat bimbang upacara memperingati mangsa bertukar menjadi acara berunsur politik.

Tiada upacara rasmi peringatan dirancang, meskipun beberapa acara keagamaan telah berlangsung.

Orang ramai silih berganti meletakkan jambangan bunga di sebuah taman kecil berhampiran bangunan yang musnah, sementara polis menjalankan pemantauan secara minimum.

Pada Rabu, suasana pilu menyelubungi upacara memperingati mangsa di sebuah gereja di Hong Kong yang dihadiri ratusan orang, dengan empat individu yang kehilangan ahli keluarga membacakan nama mangsa yang terkorban.

Reaksi orang awam yang kehilangan tiga ahli keluarganya, Jenny Lam berkata, kasih sayang tidak terpadam walaupun insan tersayang telah pergi.

“Kebakaran boleh memusnahkan rumah kita dan meragut nyawa. Namun, ia tidak akan mampu memadamkan kasih sayang antara kita dengan insan tersayang yang telah pergi,” katanya.

Kebakaran itu merupakan tragedi terburuk Hong Kong dalam tempoh lebih tujuh dekad, sekali gus mengejutkan 7.5 juta penduduk bandar yang dianggap antara paling selamat di Asia. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.