
JAKARTA, 26 November – Angka kematian akibat banjir di sebuah lombong emas haram di Pulau Jawa, Indonesia, meningkat kepada 13 orang, manakala 13 lagi masih hilang selepas hujan lebat, menurut pegawai penyelamat pada Khamis.
- Lombong ditenggelami air selepas sungai berhampiran melimpah susulan hujan lebat pada Isnin, menyebabkan pekerja terperangkap.
- Operasi mencari dan menyelamat berdepan laluan sempit sedalam kira-kira 100 meter, pencahayaan terhad dan tanah licin.
- Operasi diteruskan dengan mengambil kira keadaan di lapangan serta mengutamakan keselamatan anggota penyelamat.
- Seramai 11 pekerja berjaya keluar dengan selamat sebelum air membanjiri terowong lombong; pihak berkuasa menerima maklumat mengenai mangsa terperangkap pada Selasa.
Kemalangan perlombongan kerap berlaku di kepulauan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber mineral itu, khususnya di tapak perlombongan tidak berlesen yang mengabaikan prosedur keselamatan.
Lombong berkenaan ditenggelami air selepas sungai berhampiran melimpah susulan hujan lebat pada Isnin, menyebabkan pekerja terperangkap.
Ketua operasi mencari dan menyelamat tempatan, Desiana Kartika Bahari, berkata 13 pekerja ditemukan maut, manakala 13 lagi masih hilang setakat pagi Khamis.
Operasi menyelamat berdepan cabaran termasuk laluan penggalian sempit sedalam kira-kira 100 meter, pencahayaan terhad serta keadaan tanah licin.
“Operasi dijalankan dengan mengambil kira keadaan di lapangan serta mengutamakan keselamatan anggota penyelamat,” katanya.
Jurucakap polis Jawa Barat, Hendra Rochmawan, berkata 11 pekerja berjaya keluar dengan selamat sebelum air membanjiri terowong lombong pada Isnin.
Pihak berkuasa hanya menerima maklumat mengenai pekerja yang terperangkap pada Selasa. – AFP