fb fb fb fb fb

MAS Academy mampu bawa industri penerbangan negara ke tahap antarabangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

SEPANG, 26 April - Pusat Latihan Penerbangan, MAS Academy yang baharu diharap mampu melonjakkan industri penerbangan negara ke tahap yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akademi tersebut mampu melahirkan tenaga kerja baharu berkemahiran tinggi selari transformasi digital.

"Yang memberi kebangaan kepada kita. Latihan itu memberi penekanan selain daripada latihan Teknikal Simulasi yang sudah mempunyai kepakaran.

"Sekarang ini teknologi digital, soal inovasi moden itu menuntut kita sentiasa mengikut perkembangan", kata Anwar demikian pada ucaptama Majlis Pelancaran Kampus dan Upacara Pecah Tanah Pusat Simulasi Penerbangan MAS Academy di sini.

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan  sentiasa komited mempertahankan dan melonjakkan keupayaan syarikat penerbangan negara ke tahap yang lebih tinggi. 

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kerjasama antara MAG, Khazanah dan Kementerian Pengangkutan diteruskan untuk menaikkan keupayaan MAG. 

Selain itu, kerjasama dalam mengelak pembaziran juga perlu agar kebajikan pekerja penerbangan dijaga melalui pemberian upah yang tinggi. 

"Sebab itu pentadbiran Madani mesti dan wajib membetulkan. kepada Khazanah saya ucapkan tahniah kerana cuba membawa peralihan membetulkan dan menaikkan semula keupayaan MAG.

"Menteri Anthony Loke sering kali dalam Jemaah Menteri telah memberikan laporan dan mengesa kerajaan memberi perhatian dan sokongan", kata Anwar.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD