fb fb fb fb fb

Kes COVID-19 di tiga daerah di Kedah, membimbangkan

Dr Norizan Ismail

ALOR SETAR, 1 Januari- Jabatan Kesihatan negeri Kedah melaporkan tiga daerah iaitu di Kulim, Kuala Muda dan Alor Setar melaporkan jangkitan COVID-19 membimbangkan.

Perkara itu disebabkan peningkatan kemasukan pengunjung berikutan musim cuti persekolahan selain menggunakan negeri itu sebagai laluan untuk memasuki Thailand.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Dr Norizan Ismail berkata, setakat 23 disember lalu lebih 9,000 kes direkodkan dengan 40 kematian.

"Laporan kes yang paling tinggi adalah di daerah Kulim,Kuala Muda dan Alor Setar. Tiga daerah itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

"Jadi ia turut menyumbang kepada peningkatan kes selain pergerakkan pekerja dan sebagainya. Ini memungkinkan penyebaran berlaku dan mencatatkan kes yang tinggi bagi daerah ini," katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu di konti Kedahfm, di sini.

Bagaimanapun pihaknya mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit bagi mengelakkan kemasukan pesakit di wad.

Orang ramai terutama di Kedah turut dinasihatkan melakukan langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI