fb fb fb fb fb

LIMA ‘25 ketengah kepentingan pemain industri

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran LIMA ‘25 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 April - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) menjanjikan lonjakan inovasi dan transformasi untuk industri aeroangkasa dan maritim.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata LlMA ‘25 yang akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

"Selain daripada pameran yang sedia ada seperti mana tahun-tahun yang sebelum ini, LlMA ‘25 juga akan mengetengahkan beberapa segmen baharu yang menarik penyertaan daripada perusahan kecil dan sederhana, ini juga kita akan berikan tumpuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran LIMA ‘25 di Wisma Perwira ATM, di sini.

Tambah Adly, LlMA ‘25 turut mengalakkan penyertaan daripada institusi tinggi kerajaan dan swasta yang memiliki kepakaran industri aeroangkasa dan maritim.

“Pameran yang memasuki edisi ke-17 itu, telah mendapat sambutan awal yang menggalakkan oleh syarikat dari dalam dan luar negara, walaupun LIMA 2025 baru sahaja dilancarkan. Ia membuktikan bahawa pameran LIMA ialah sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh pemain tempatan dan antarabangsa dalam industri aeorangkasa dan maritim,” katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN