fb fb fb fb fb

Fahmi ziarah Mufti Perlis sebelum mulakan lawatan kerja

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 26 April- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkongsi beliau berkesempatan mengunjungi kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Kangar, malam tadi.

Fahmi ketika ini dalam lawatan kerja rasmi selama tiga hari di negeri itu memaklumkan beliau dan Mohd Asri berbincang pelbagai isu semasa pada pertemuan tersebut termasuk inisiatif yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan.

"Alhamdulillah, saya dan pasukan kini berada di Perlis sempena lawatan kerja tiga hari. Sejurus tiba malam tadi, saya terus mengunjungi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di rumah beliau di Kangar.

"Banyak yang kami sembangkan melibatkan isu-isu semasa, termasuk beberapa usaha dan langkah yang sedang diambil Kerajaan Perpaduan," katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Tambah Fahmi, mereka juga mengambil kesempatan berbincang mengenai Program Perkampungan Sunnah 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Perlis pada 3 hingga 5 Mei depan.

"Sama-sama kita meriahkan program ini nanti, insya-Allah," katanya lagi.

SITI AISHAH MD ISA