fb fb fb fb fb

Seluruh daerah Kedah dijangka alami gangguan bekalan air menjelang Aidilftri

ALOR SETAR, 18 April- Seluruh daerah di Kedah dijangka mengalami gangguan bekalan air yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) menjelang Aidilftri.

SADA dalam kenyataan memaklumkan kadar penggunaan air penduduk negeri ini yang berjumlah kira-kira 780 juta liter sehari meningkat berikutan pertambahan permintaan sepanjang musim perayaan sehingga hujung bulan ini.

SADA berkata cuaca panas dan kering juga menyebabkan sumber air mentah menyusut dan mengganggu operasi loji rawatan air (LRA), seterusnya menjejaskan bekalan air kepada pengguna.

Sebelum ini kawasan paling teruk terjejas adalah daerah Kuala Muda, terutama kawasan sekitar Tanjung Dawai, Bedong, Merbok dan Sungai Petani, selain daerah Kota Setar di kawasan sekitar Kuala Kedah, yang selama ini sering mengalami gangguan bekalan.

SADA(Foto hiasan)

Bagi meringankan beban pengguna, SADA melaksanakan pelan kontingensi dengan mewujudkan pusat khidmat setempat membabitkan 5 lokasi berisiko tinggi.

35 loji rawatan Air LRA juga dipantau secara bersepadu.

Media Baharu