Serangan udara AS di Caribbean, dua suspek ‘narco-terrorist’ maut

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 5 Mei – Tentera Amerika Syarikat (AS) menerusi menyiarkan rakaman udara yang didakwa menunjukkan serangan ke atas sebuah bot di Caribbean, mengorbankan dua individu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Southern Command lapor tiada anggota tentera AS cedera; dua individu disifatkan sebagai "narco-terrorists" terbunuh.
  • Operasi itu sebahagian daripada siri tindakan pentadbiran Trump membanteras kartel dan jenayah rentas sempadan.
  • Kumpulan hak asasi mengkritik tindakan sebagai pembunuhan di luar proses undang-undang; Washington mempertahankan pendekatan ketenteraan.

Menurut pihak tentera AS, bot berkenaan dikendalikan oleh organisasi yang dilabel sebagai kumpulan pengganas, namun identiti kumpulan tersebut tidak diperincikan.

Southern Command memaklumkan tiada anggota tentera AS cedera dalam operasi itu, sambil menyifatkan dua individu yang terbunuh sebagai “narco-terrorists” atau pengganas berkaitan kegiatan dadah.

Serangan terbaharu itu menambah kepada siri operasi seumpamanya yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump dalam usaha membanteras ancaman kartel dan jenayah rentas sempadan.

Namun, tindakan tersebut terus mengundang kritikan kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkannya sebagai pembunuhan di luar proses undang-undang atau “extrajudicial killings”.

Washington sebelum ini mempertahankan pendekatan ketenteraan itu sebagai langkah tegas terhadap ancaman “narco-terrorists” di rantau berkenaan.-REUTERS