Malaysia hantar pulang lebih 6,500 rakyat Myanmar pada Disember

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 November – Malaysia akan menghantar pulang lebih 6,500 warga Myanmar yang berada di Malaysia ke negara asal pada Disember ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga kapal tentera laut akan membawa pulang 1,500 warga Myanmar pada 6 dan 7 Disember.
  • Seramai 5,303 lagi warga Myanmar akan dihantar pulang menggunakan pesawat, dengan kos ditanggung kerajaan Myanmar.
  • Setakat ini, 10,476 warga Myanmar telah dibawa pulang atas kos kerajaan Myanmar.
  • ICJ memutuskan Myanmar melakukan genosid terhadap etnik Rohingya dan mengarahkan kepulangan pelarian secara selamat, sukarela serta bermaruah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah meluluskan penggunaan tiga kapal tentera laut bagi membawa pulang 1,500 warga Myanmar pada 6 dan 7 Disember ini.

Beliau berkata, seramai 5,303 lagi warga Myanmar akan dihantar pulang menggunakan pesawat sepanjang Disember, dengan kos ditanggung kerajaan Myanmar.

“Setakat hari ini, 10,476 telah dibawa pulang atas kos Myanmar. Sebahagian besar dengan pesawat, termasuk 1,476 dengan kapal perang Myanmar yang mengambil rakyat Myanmar pada 29 September yang lalu.

“Dan untuk bulan Disember, melalui pesawat atas tanggungan Myanmar, Kerajaan Myanmar sendiri, akan bawa pulang 5,303 rakyat Myanmar,” katanya ketika berucap di Parlimen.

Pada September lalu, Malaysia turut menghantar pulang kira-kira 1,500 warga Myanmar ke negara mereka.

Pengumuman terbaharu itu dibuat lima hari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar melakukan genosid terhadap etnik Rohingya.

Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu turut mengarahkan pihak berkuasa Myanmar membenarkan dan memudahkan kepulangan pelarian secara selamat, sukarela serta bermaruah.

Pada akhir Oktober lalu, Malaysia juga menyatakan akan mendapatkan penjelasan daripada Myanmar berhubung laporan bahawa ratusan migran yang dihantar pulang sebelum ini ditahan pihak tentera. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.