Kubu geng bersenjata di Haiti diserbu, 10 senjata api dirampas

Pasukan GSF menyerbu kubu kumpulan bersenjata di salah sebuah perkampungan di Haiti/Foto VIORY

PORT-AU-PRINCE, 24 November – Sebanyak 10 senjata api dirampas Pasukan Penguatkuasaan Geng (GSF) dalam serbuan kubu kumpulan bersenjata di sebuah perkampungan utara di Gros-Morne, Artibonite, Haiti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeriksaan di beberapa lokasi menemukan kira-kira 110 butir peluru, bom tangan kejutan, peralatan komunikasi, jaket perlindungan, pisau dan dokumen pengenalan diri.
  • GSF mengenal pasti lebih 10 kenderaan yang dipercayai digunakan kumpulan itu serta menemui sebuah lagi pangkalan berkaitan.
  • Operasi serentak di Cité Soleil dan Tabarre mengorbankan sekurang-kurangnya enam individu yang disyaki anggota kumpulan bersenjata di Tabarre.

Menurut kenyataan GSF, pemeriksaan di beberapa lokasi yang dipercayai dijadikan kubu kumpulan berkenaan.

Pasukan GSF turut menemukan kira-kira 110 butir peluru, bom tangan kejutan, peralatan komunikasi, jaket perlindungan, pisau serta dokumen pengenalan diri.

Pasukan itu turut mengenal pasti lebih 10 kenderaan yang dipercayai digunakan anggota kumpulan itu, selain menemui sebuah lagi pangkalan yang dikaitkan dengan mereka.

Pada Ahad, operasi serentak turut dilancarkan di Cite Soleil dan Tabarre, dua kawasan perbandaran di ibu negara Port-au-Prince.

Sekurang-kurangnya enam individu yang disyaki anggota kumpulan bersenjata terbunuh dalam operasi di Tabarre, menurut GSF.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan pasukan GSF pada Oktober 2025 bagi membanteras kegiatan kumpulan bersenjata susulan krisis keganasan yang berlarutan di Haiti.

Menurut PBB, sekurang-kurangnya 1,167 orang terbunuh akibat keganasan di negara itu antara Julai hingga September tahun ini. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.