Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Kes Bunuh 3 Sekeluarga , Jenazah Selamat Dikebumikan

Melaka - Tiga jenazah sekeluarga yang meninggal dunia akibat dikelar dalam kejadian amuk di Kampung Bertam Malim, Melaka awal pagi semalam, selamat dikebumikan .

Ketiga-tiga dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bertam Malim kira-kira pukul 10.45 pagi.

Terdahulu jenazah disembahyangkan orang ramai di Masjid Al-Faizin, Kampung Bertam Malim kira-kira pukul 10 pagi.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan, Abdul Rashid Yusof yang turut membacakan talqin sejurus selesai pengebumian.

Lebih seribu yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada ketiga-jenazah termasuk Speaker DUN Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 299