Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Harga baja, racun naik, MAFI kemuka cadangan insentif tambahan kepada petani

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Susulan isu kenaikan harga bekalan baja dan racun.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan agar kerajaan menawarkan insentif tambahan kepada petani yang terjejas.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee,  cadangan tersebut masih di peringkat penelitian dan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kewangan.

Ujarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengumumkan beberapa langkah intervensi.

Seramai 276,621 petani terkesan yang merangkumi tanaman buah, sayur, tanaman ladang, kelapa, bunga-bungaan, herba dan rempah ratus dengan keluasan tanaman 405,509 hektar. 

Manakala, 356,000 pesawah padi sawah dengan keluasan tanaman seluas 608,000 hektar turut terkesan.

Petani mengalami peningkatan kos input pertanian sebanyak 21% bagi kategori sayur daun dan 17% masing-masing bagi kategori sayur buah dan buah-buahan akibat peningkatan harga baja dan racun. 

Manakala, pesawah padi mengalami peningkatan kos sebanyak 11.9% disebabkan peningkatan harga racun. 

Datuk Seri Dr Ronald menjawab pertanyaan wakil Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Nasional
  • Hits: 43