Harga minyak meningkat, pelabur bimbang situasi di Asia Barat

Foto REUTERS

LONDON, 21 April – Harga minyak meningkat mendadak pada Isnin apabila pelabur terus bimbang terhadap situasi tidak menentu di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gencatan senjata dua minggu antara AS dan Iran tamat Rabu, berisiko menjejaskan pusingan rundingan seterusnya.
  • AS merampas kapal kargo berbendera Iran di Selat Hormuz, memperburuk ketegangan dan rundingan diplomatik.
  • Harga minyak melonjak: WTI naik 6.87% ke AS$89.61; Brent naik 5.64% ke AS$95.48.
  • Selat Hormuz mengendalikan kira-kira 20% aliran minyak dunia dan laluan hampir terhenti sejak akhir Februari.

Kenaikan harga itu berlaku ketika dua minggu gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang akan tamat pada Rabu namun kemungkinan pusingan kedua rundingan turut terjejas selepas AS merampas sebuah kapal kargo berbendera Iran di Selat Hormuz.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Mei melonjak 6.87 peratus kepada AS$89.61 setong di Bursa Niaga Hadapan New York (NYMEX).

Sementara itu, Brent bagi penghantaran Jun meningkat 5.64 peratus kepada AS$95.48 setong di Bursa ICE Futures London.

Selat Hormuz, iaitu laluan perkapalan penting yang mengendalikan kira-kira 20 peratus aliran minyak dunia, dilaporkan hampir terhenti sepenuhnya bagi laluan kapal tangki minyak sejak tercetusnya konflik di Asia Barat pada akhir Februari lalu.- REUTERS