Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM39.92 bilion (konvensional) dan RM15.78 bilion (Islam).
  • BNM menjalankan tender repo berbalik RM6.5 bilion selama tujuh hari dan tender semalaman RM500 juta bagi tiga hari.
  • Bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik Islam RM100 juta (tujuh hari) dan RM200 juta (31 hari).
  • Pada 4 petang BNM jalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.8 bilion dan murabahah sehingga RM16.1 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM39.92 bilion dalam pasaran konvensional dan RM15.78 bilion dalam pasaran wang Islam.

BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM6.5 bilion bagi tempoh tujuh hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM500 juta bagi tempoh tiga hari.

Bank pusat itu turut menawarkan dua tender repo berbalik Islam (jual dan beli balik) masing-masing bernilai RM100 juta bagi tempoh tujuh hari dan RM200 juta bagi tempoh 31 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar yang ditawarkan bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.8 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM16.1 bilion.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.