Naquib Azlan wakili Porsche Malaysia dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Naquib Azlan

ARA DAMANSARA, 10 Mac – Porsche Malaysia mengesahkan penyertaan mereka dalam saingan Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) musim 2026 dengan mempertaruhkan bakat tempatan, Naquib Azlan, untuk bersaing dalam kategori PRO sepanjang musim perlumbaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Naquib akan memandu Porsche 911 GT3 Cup (992.2) bernombor 17.
  • Kejayaan Juara Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025 Driven Dreamers membuka peluang ke perlumbaan sebenar.
  • Naquib berjanji memberikan prestasi terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
  • Penyertaan mencerminkan komitmen Porsche Malaysia menyokong pembangunan bakat tempatan dan laluan kepada generasi baharu pelumba.

Naquib bakal memandu jentera Porsche 911 GT3 Cup (992.2) bernombor 17, sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan kerjayanya di pentas perlumbaan antarabangsa.

Menariknya, Naquib sebelum ini merupakan Juara Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025 bagi kategori Driven Dreamers, dan kejayaan itu membuka peluang kepadanya untuk beralih daripada dunia perlumbaan simulasi kepada memandu jentera Porsche sebenar di litar.

Beliau turut berjanji untuk memberikan prestasi terbaik bagi mengharumkan nama Malaysia dalam saingan PCCA musim 2026.

Penyertaan tersebut juga mencerminkan komitmen Porsche Malaysia dalam menyokong pembangunan bakat tempatan serta membuka laluan kepada generasi baharu pelumba Malaysia untuk bersaing di peringkat Asia.

Naquib berkata demikian ketika hadir pada majlis pengumuman penyertaan Porsche Malaysia dalam saingan Porsche Carrera Cup Asia 2026 yang diadakan di Damansara di sini.