Aliff Rakib cipta sejarah juara dunia ONE Championship

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Kejayaan Aliff Rakib muncul rakyat Malaysia pertama merangkul Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship diharap menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk berani mengejar impian di pentas dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri berkata pencapaian itu membuktikan anak muda memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang tinggi.
  • Beliau berharap pencapaian menjadi inspirasi supaya lebih ramai anak muda berani mengejar impian dengan tekad dan iltizam.
  • Perdana Menteri mengucapkan tahniah dan berkata Malaysia berbangga atas kejayaan mengharumkan nama negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian bersejarah atlet itu membuktikan anak muda negara memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang tinggi untuk bersaing dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa.

“Moga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian dengan tekad, iltizam dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas menerima kunjungan Aliff di pejabatnya hari ini.

Datuk Seri Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Aliff atas kejayaan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Syabas Aliff Rakib. Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.